Friday, March 23, 2012

SNOW DI JORDAN FEB 2012


Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran 

Surah Al Jathiyah : 5

PENGAJIAN DI JORDAN

Jordan  semakin dibanjiri oleh pelajar-pelajar Melayu , menjadikannya negara kedua teramai pelajar Malaysia di Timur Tengah selepas Mesir . Penampilan tokoh agama tersohor Malaysia yang terdiri daripada golongan pemegang ijazah daripada universiti di Jordan dan penghantaran beratus-ratus pelajar tajaan kerajaan untuk melanjutkan dalam bidang perubatan dan pergigian , telah membuka mata ibu bapa dan masyarakat untuk turut serta menghantar anak mereka mengutip mutiara ilmu di Bumi Anbiya' dan Para Syuhada' di Jordan ini

Kami mahasiswa yang menuntut di Jordan sekarang sangat mengalu-alukan  kedatangan mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke sini. Di harap agar beberapa siri pengenalan kepada pendidikan tinggi di Jordan yang kami sediakan untuk membantu anda bagi mendapatkan gambaran awal tentang kehidupan pelajar di sini.

Pengajian Tinggi Di Jordan Terdiri Daripada 3 Tahap :

  1. Sarjana Muda
  2. Sarjana ( Master )
  3. Doktor Falsafah ( PhD)
Universiti di Jordan :
  1. Jordan of Science And Technology ( Mantiqah Irbid )
  2. University of Yarmouk ( Mantiqah Irbid )
  3. Jordan University ( Mantiqah Amman )
  4. University of Mu'tah ( Mantiqah Mu'tah )
  5. University of Al Bayt ( Mantiqah Mafraq )            
Bidang Pengajian Yang Ditawarkan :

Pengajian Sains ( hanya di Jordan of Science and Technology )
  • Perubatan / Pergigian 
  • Fizik
Pengajian Syariah Islam 
  • Pengajian Bahasa Arab 
  • Fiqh wa Usul
  • Usuluddin 
  • Ekonomi dan Perbankan Islam ( hanya di Yarmouk ) 




SENARAI BIASISWA 2012




TETAMU YG DIRAHMATI ALLAH SEMUA ^_^ 
JEMPUT TEKAN LINK DI BAWAH INI, 
AHLEN2



























Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia
Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship)
Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia
Biasiswa Proton, Malaysia
Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)





Cepat isi sebelum terlambat…
Disamping korang memohon biasiswa ni, korang mesti perlukan resume/ cv untuk interview nanti ataupun korang kena attach kan resume/cv korang( klu diorang nak) semasa membuat permohonan biasiswa..x faham apa itu resume? resume ni adalah untuk korang cerita mengenai pengalaman hidup korang,apa pencapaian yang korang dapat di sekolah dan juga butir-butir mengenai diri anda..
ni  link  untuk cara-cara korang buat resume yang saya dapat dari kawan sendiri..







PERMOHONAN KE JORDAN SESI 2012/2013

Sedikit Makluman buat mereka yang LAYAK sahaja.
Berita gembira buat semua calon spm2011 yang ingin menyambung pengajian di Jordan sudah dibuka borang permohonan untuk mereka yang layak.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti Jordan di peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:
SYARAT PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PENGAJIAN ISLAM DI UNIVERSITI JORDAN SESI AKADEMIK 2012/2013
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kepujian bagi semua mata pelajaran (khusus mata pelajaran Bahasa Arab) berkaitan bagi semua bidang pengajian di peringkat SPM.
Tawaran kemasukan ke universiti dijangka diumumkan pada bulan September 2011.
Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti Jordan KPT/JORDAN/2012 boleh dimuat turun disini
Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 18 MEI 2012 di alamat berikut;
    Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan (Education Malaysia) Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Aras 4 No 2, Menara 2,Jalan P5/6, Presint 5 ,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62200 PUTRAJAYA
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Dan yang paling mudah anda pergi ke Jabatan Agama Islam di Negeri masing-masing dan mohon borang untuk sambung pengajian Luar Negara Ke Timur Tengah

Biasiswa @ Zakat tertakluk kepada setiap Jabatan Agama Negeri @ Yayasan Negeri masing-masing

Jangan Lupa Tajdid Niat !

Thursday, March 22, 2012

Hashemite Kingdom Of Jordan


Jordan ataupun Hashemite Kingdom Of Jordan merupakan sebuah Negara Arab yang terletak di Timur Tengah. Jordan Bersempadankan Arab Saudi dan Iraq di sebelah Timur, Syria di sebelah utara, Palestin dan Israel di sebelah barat. Juga bersempadan dengan Mesir di bahagian Selatan melalui teluk Aqabah.

Jordan menjalankan sistem pemerintahan monarki beraja dengan Raja Abdullah II sebagai pemerintah Jordan sejak 9 Jun 1999 selepas ayahandanya, Raja Hussein mangkat.

Jordan merupakan sebuah negara arab moden dengan populasi melebihi 6 juta penduduk. Majoriti rakyat Jordan beragama Islam sunni dan minoritinya beragama kristian. Bahasa rasmi ialah bahasa arab manakala bahasa Inggeris pula boleh difahami kebanyakan rakyat yang mendapat pendidikan tinggi.

Jordan dikelaskan sebagai sebuah negara yang mempunyai taraf hidup yang tinggi disebabkan pembangunan ekonomi dan negara yang pesat. Ini membuatkan kos hidup di Jordan lebih tinggi berbanding beberapa negara Arab lain.

Jordan adalah sebuah negara kecil yang mempunyai sumber alam yang terhad. Malah, Jordan merupkan negara yang mempunyai sumber air paling sedikit di dunia! Jordan mendapatkan sumber alam asas seperti air bersih dan petroleum daripada negara jiran seperti Iraq, Mesir dan Syria. Raja Abdullah menjalankan dasar ekonomi terbuka menyebabkan kemasukkan pelabur-pelabur asing dan meningkatkan taraf ekonomi Jordan.

Jordan bergantung kepada industri pelancongan untuk meningkatkan ekonomi. Pelancongan menyumbang 10-12% kepada pendapatan ekonomi Jordan. Terdapat banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik di Jordan seperti :

  • Petra (Antara 7 tempat ajaib dunia)
  • Laut Mati
  • Gua Ashabul Kahfi
  • Wadi Rum
  • Aqabah
  • Teater Rom
  • Makam Para Nabi dan Sahabat
  • Medan Perang Mu’tah dan Yarmouk